Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ambil langkah drastik tangani penularan wabak
  • TEMPATAN

Ambil langkah drastik tangani penularan wabak

Utusan Sarawak 4 years ago
BERMESYUARAT… Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau bermesyuarat berhubung situasi semasa di Daerah Tatau selepas merekodkan satu kes positif Covid-19,
kelmarin.

BINTULU: Jawatankuasa Bencana Daerah Tatau telah mengambil langkah drastik dalam usaha memerangi wabak Covid-19 selepas daerah terbabit merekodkan satu kes positif.

Pegawai Daerah Tatau, Barayan Lenya berkata, berikutan itu semua agensi terlibat telah bermesyuarat untuk tujuan tersebut.

“Ini merupakan kes pertama yang berlaku di daerah ini sejak kes Covid- 19 pertama yang berlaku di negara ini pada 25 Januari tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusi mesyuarat berhubung Situasi Semasa di Daerah Tatau setelah mencatatkan satu kes positif Covid-19 di sini, semalam.

Katanya, pelbagai inisiatif telah dilakukan dengan kerjasama semua agensi terlibat bagi memutuskan rantaian wabak terbabit di daerah itu.

“Polis telah memperketatkan sekatan jalan raya berdekatan dengan Rh Peter Bansa, Sunggai Annau, Tatau. Manakala bomba turut mengadakan sanitasi di sebuah supermarket yang menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Jelas beliau lagi, kebanyakkan rumah rumah panjang dan kampung juga memperketatkan operasi standard presedur (SOP) di kawasan masing masing khususnnya menghalang orang luar dari masuk ke kawasan kediaman mereka.

Malah tambah beliau, tedapat pemilik rumah juga tidak menerima pengunjung atau saudara-mara buat masa ini.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Kampung Sungai Bangat destinasi pelancongan
Next: AIM tangguh mesyuarat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.