Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ambil iktibar demonstrasi di Indonesia – Fadillah
  • TEMPATAN

Ambil iktibar demonstrasi di Indonesia – Fadillah

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (barisan belakang dua, kanan) menyantuni para peserta pada Program Kembara Segulai Sejalai Belia Sarawak 2025, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Semua pihak digesa mengambil iktibar daripada demonstrasi yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata insiden itu menunjukkan betapa pentingnya kestabilan dalam memastikan keharmonian negara sentiasa terpelihara.

“Lihat apa yang berlaku di negara jiran kita, pelbagai cerita telah dimainkan (pihak tertentu) sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Bila rakyat marah mereka protes dan demonstrasi. Protes yang aman menjadi tidak aman.

“Kestabilan dan keamanan penting untuk mengurus negara dengan baik. Bila ekonomi kita baik pelabur akan datang dan buka peluang pekerjaan. Rakyat perlu bersatu hati,” katanya semasa berucap di program Kembara Segulai Sejalai Belia Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia dan negara anggota ASEAN berharap agar demonstrasi di Indonesia akan tamat segera.

Anwar berkata ketika pertemuan di Beijing, China baru-baru ini, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memaklumkan kepada beliau bahawa situasi di republik itu kini bertambah baik.

Pada 29 Ogos lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan demonstrasi di Senayan, Jakarta Pusat.– Bernama

Continue Reading

Previous: KNFM terus jadi pilihan usahawan dan pelanggan di Kuching
Next: DBKU juara keseluruhan perarakan Maulidur Rasul di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.