Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AmBank sedia bantu bangunkan hab kewangan di Sarawak
  • BISNES

AmBank sedia bantu bangunkan hab kewangan di Sarawak

Utusan Sarawak 1 month ago

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap ketika mengunjungi Premier Sarawak. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kumpulan AmBank menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan hab kewangan di Sarawak sekiranya terdapat rancangan ke arah itu pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, Sarawak berpotensi untuk membangunkan pusat kewangan negeri sebagaimana yang terdapat di wilayah lain di Malaysia.

“Ada potensi untuk kita membangunkan, sebagai contoh hab kewangan untuk Sarawak. Di Malaysia bahagian selatan, kita ada zon kewangan negeri dan di Pulau Pinang juga ada pusat kewangan negeri.

“Jadi, berkemungkinan di Sarawak, adakah ada perancangan untuk membina pusat kewangan atau hab kewangan negeri. Jika ada peluang ke arah itu, kami juga ingin turut serta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Yap berkata AmBank turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan ekonomi negeri bersama kepimpinan Sarawak dan percaya institusi kewangan itu mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Kami telah berbincang mengenainya dan banyak perkara sedang dibincangkan. 

“AmBank percaya kami boleh memainkan peranan lebih besar dalam membantu negeri ini berkembang serta menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam ekonomi Sarawak,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel.- EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Bursa dibuka tinggi
Next: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.