Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ambang Merdeka Kabong disambut meriah dengan semangat perpaduan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Ambang Merdeka Kabong disambut meriah dengan semangat perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Malaysia Peringkat DUN Kabong berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong, malam tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong berlangsung meriah di Pusat Penjaja Kabong malam tadi dengan pelbagai pengisian program yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Acara bermula pada 8.30 malam itu menarik kehadiran hampir 400 pengunjung yang hadir menyaksikan konvoi motosikal melibatkan 100 motosikal, pertandingan motosikal berhias, pertandingan pulut merdeka, fesyen orang lama serta pertandingan ‘ngesep’ pasangan.

Kemuncak sambutan turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi jemputan, Hijrah Yahya, Finalis Bintang Klasik 2019 dan Alumni Bintang RTM 2016, yang menghiburkan hadirin sehingga detik 12.00 tengah malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong atas kejayaan menganjurkan program ini dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa erti kemerdekaan hari ini bukan hanya sekadar memperingati detik bersejarah 31 Ogos 1957, tetapi juga menuntut generasi masa kini mengisi kemerdekaan dengan semangat perpaduan, pembangunan dan pengukuhan jati diri bangsa.

“Semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam penganjuran sambutan ini mencerminkan jiwa kemerdekaan sebenar yang perlu terus diperkasakan di peringkat komuniti, khususnya di Kabong,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mohd Ariffin johan Pertandingan Lagu Patriotik Marudi 2025
Next: Gotong-royong MDSA dan JKKK Cina Kampung Resak perkukuh semangat komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.