KUCHING: Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga Jumaat ini.
Berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung sehingga Rabu ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.
MET Malaysia telah mengemaskinikan Amaran Hujan Berterusan melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan berkuat kuasa sehingga esok.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Oleh Mohd Neenatul Aizal