Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1.00 tengah hari

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1.00 tengah hari ini. 

Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.

Kawasan lain turut tersenarai ialah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.

Keadan cuaca sama diramal berlaku di Johor meliputi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi. 

Selain itu, di Sarawak kawasan terlibat Kuching, Serian dan Samarahan. – Bernama

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah