
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak hingga 4.00 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada 1.00 tengah hari memaklumkan di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Langat.
Bagi Negeri Sembilan amaran itu melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong serta Daro di Mukah.- Bernama