Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan Kedah

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah serta beberapa kawasan di Sarawak hingga 4.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang dijangka terjejas di Kedah ialah Langkawi, manakala di Sarawak ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong. 

-Bernama