Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 

Ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Perak, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala Pahang (Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan).

Keadaan sama diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Selain itu, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pangkalan baharu pusat operasi maritim utama Sarawak dibina di Muara Tebas 
Next: Banjir di Sarawak, Sabah, Johor beransur pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.