Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga petang ini
  • NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga petang ini

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5.00 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Kelantan melibatkan Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, amaran berkenaan turut membabitkan Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Marudi) dan Limbang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar berlepas ke Ethiopia, persinggahan pertama dalam lawatan ke tiga negara di Afrika
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.