Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 1.00 pagi ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 1.00 pagi ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMARAN ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 1.00 pagi ini. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1.00 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut) serta Sarawak di Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.

Selain itu, Labuan dan di Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kelebihan inisiatif BDR bukan sekadar penjimatan bahan apiĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.