Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Labuan dan 10 negeri hingga 6.00 petang
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Labuan dan 10 negeri hingga 6.00 petang

Utusan Sarawak 2 hours ago
AMARAN ribut petir di Malaysia. Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta 10 negeri hingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, manakala di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Sementara itu di Kelantan, keadaan sama diramal melanda Jeli dan Tanah Merah, manakala Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Amaran sama dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Cameron Highlands, Lipis dan Kuantan dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling).

Menurut kenyataan itu, keadaan sama dijangka melanda beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kebajikan dan keselesaan jemaah di Arafah terus diberi keutamaan
Next: Teknologi baharu dijangka memperluas penerokaan minyak dan gas di kawasan barat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.