Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri termasuk Sarawak hingga 2.00 pagi – MetMalaysia
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri termasuk Sarawak hingga 2.00 pagi – MetMalaysia

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selain 11 negeri hingga 2.00 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kedah, kawasan terjejas meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Johor membabitkan daerah Segamat.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.- Bernama

Continue Reading

Previous: Shell Malaysia utamakan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaian runcit
Next: Dasar BDR tidak ganggu pergerakan ekonomi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.