Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini

Utusan Sarawak 16 hours ago
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di kebanyakan negeri hingga 9.00 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman).

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin; Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Jelebu di Negeri Sembilan. 

Kawasan yang diramalkan terjejas di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sementara di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 3,000 sertai himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ di Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.