Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5.00 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).

Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai). 

Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan wajar nilai semula perbelanjaan sektor kurang kritikal – ABIM
Next: Pasukan Hong Kong juara Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.