Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri
  • NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang, serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Next: Tingkatkan mutu kerja, tiada ruang untuk penjawat awam malas, cuai – KSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.