
KUALA LUMPUR: Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 6.00 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Sarawak di kawasan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.
Amaran itu turut membabitkan kawasan pedalaman di Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.
-Bernama