Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir di WP Labuan dan lima negeri termasuk Sarawak hingga 1.00 pagi
  • SEMASA

Amaran ribut petir di WP Labuan dan lima negeri termasuk Sarawak hingga 1.00 pagi

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 1.00 pagi, Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang meliputi Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda Segamat, Johor. Di Sarawak, kawasan diramalkan terjejas ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri serta Marudi).

Sementara itu, di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau serta Sandakan (Tongod).

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat boleh mengikuti perkembangan cuaca semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pasukan ronda perubatan TH tingkat pemantauan jemaah di Mina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.