Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Amaran ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Rompin, Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jika Raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac; jika Raya pada Sabtu, cuti tambahan pada Jumaat 20 Mac – PM Anwar
Next: Konflik Asia Barat: Malaysia perlu percepat peralihan tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.