Amaran ribut petir di lima negeri hingga 7.00 malam

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri hingga 7.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang; Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama dikeluarkan di Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Lundu), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu.

Di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat. – Bernama

Pendaftaran PN dibatalkan – RoS

PUTRAJAYA, 20 Oktober: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN), selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis Syabu, semalam. Ketua Polis