Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir di enam negeri hingga 5.00 petang
  • SEMASA

Amaran ribut petir di enam negeri hingga 5.00 petang

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 5.00 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan di Pahang, kawasan terlibat ialah Bentong dan Bera, manakala di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol).

Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Kanowit), Mukah dan Kapit (Song).

Manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). – Bernama 

Continue Reading

Previous: Tapak perkhemahan Pengakap, Pandu Puteri di Matang capai 70 peratus siap
Next: Kerajaan laksana langkah penjimatan ketat, dana dikembalikan kepada rakyat – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.