
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7.00 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Sepang).
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat).- Bernama