Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga kawasan Sarawak hingga 4.00 petang

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 4.00 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Johor di Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah bagi kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunandan Tenom), Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sementara itu, di Sarawak kawasan yang terjejas ialah Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri, Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Mukah, Dalat dan Matu). – Bernama

IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada