Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
FOTO Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 5.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Melaka serta Johor.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia ucap selamat pulang Fu Wa Feng Yi
Next: Pelukan terakhir arwah kekal dalam ingatan – Adik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.