
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 8.00 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Amaran sama dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Besut, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).
Keadaan sama turut diramal di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) dan Johor (Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). – Bernama