Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 7.00 malam
  • NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 7.00 malam

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak membabitkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Amaran sama turut melibatkan Kelantan (Gua Musang); Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Raub); Selangor (Hulu Selangor) dan Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 6.00 petang
Next: Sabah hanya ada lebih 2,000 doktor, cabaran penuhi perkhidmatan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.