Amaran rebut petir, hujan lebat di 10 negeri termasuk Miri dan Marudi hingga  6.00 petang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, manakala di Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), serta Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Bentong dan Kuantan) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang). 

Sementara itu di Negeri Sembilan, keadaan sama diramal melanda Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol dan Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak kawasan diramal terjejas ialah Miri (Subis, Miri dan Marudi), manakala Sabah di Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). – Bernama

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare