Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7.00 malam
  • NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7.00 malam

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran itu turut membabitkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak meliputi kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau).- Bernama

Continue Reading

Previous: Karnival FLYSiswa 2026 di UPM 13 Januari – MOT
Next: Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan mengikut kelas pendapatan – Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.