Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hingga 6.00 petang

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di Sabah, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman iaitu membabitkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan serta Tambunan.

Kawasan diramal terjejas di Sarawak pula ialah Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.- Bernama

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan