Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran hujan lebat, ribut di lima negeri dan Labuan – MetMalaysia
  • SEMASA

Amaran hujan lebat, ribut di lima negeri dan Labuan – MetMalaysia

Utusan Sarawak 17 hours ago
FOTO Facebook Metmalaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 7.00 malam ini. 

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4.10 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, manakala Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor melibatkan Segamat.

Di Sabah pula dijangka membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang. 

-BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Perkukuh semangat perpaduan, kekalkan keharmonian
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.