Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran hujan lebat, ribut di hampir seluruh Semenanjung, Sarawak – MetMalaysia
  • NASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di hampir seluruh Semenanjung, Sarawak – MetMalaysia

Utusan Sarawak 21 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 3.00 petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka meliputi seluruh negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal berlaku di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, sementara di Perak merangkumi kawasan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh), selain Selangor membabitkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Sementara itu, di Johor, cuaca buruk dijangka melanda Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Manis, Daro, Matu dan Dalat).– Bernama

Continue Reading

Previous: Dewan Negara ditangguh, 19 rang undang-undang diluluskan
Next: Beberapa individu ditahan terlibat kekecohan di Kampung Sungai Baru – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.