Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Amaran hujan lebat, Beijing berjaga-jaga
  • GLOBAL

Amaran hujan lebat, Beijing berjaga-jaga

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG lelaki menunggang basikal semasa hujan lebat di Beijing, China, baru-baru ini.

BEIJING: Beijing mengeluarkan amaran kecemasan kawalan banjir Tahap 3 pada tengah hari Selasa, dengan pihak berkuasa memberi amaran mengenai hujan lebat dari Selasa malam hingga Rabu, lapor Xinhua.

Balai Cerap Meteorologi Beijing  memaklumkan beberapa kawasan dijangka menerima lebih 70 milimeter (mm) hujan dalam tempoh enam jam atau melebihi 100 mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran jingga – tahap ketiga tertinggi – bagi hujan lebat telah dikeluarkan untuk tujuh daerah, manakala amaran merah pula dikeluarkan di daerah pinggir bandar Mentougou dan Fangshan yang berisiko dilanda banjir kilat.

Pihak berkuasa air dan meteorologi bandar itu turut mengeluarkan amaran kuning untuk banjir termenung dan aliran deras dari pergunungan, dengan memberi amaran bahawa kawasan bandar berisiko dilanda banjir termenung bermula 11.00 malam Selasa, manakala daerah Fangshan, Mentougou, Changping dan Yanqing berdepan risiko lebih tinggi, aliran deras dari pergunungan.

Pihak berkuasa kawalan banjir menggesa orang ramai mengehadkan perjalanan, menjauhi sungai serta kawasan pergunungan, dan mengelak daripada meletak kenderaan  di kawasan rendah atau di bawah jambatan.

China mempunyai sistem amaran cuaca berwarna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Megaroket Starship SpaceX dilancarkan dalam ujian terbaharu
Next: Ribuan terkandas akibat hujan lebat, banjir di utara Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.