Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa negeri hingga Ahad ini
  • SEMASA

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa negeri hingga Ahad ini

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 11.35 pagi tadi memaklumkan kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi hujan berterusan tahap buruk, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu meliputi Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran dan Kuantan.

Amaran yang sama turut dikeluarkan di Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan membabitkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kenaikan bantuan kewangan bulanan kurangi beban rakyat  
Next: Kerjasama hidrogen Petronas, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.