Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AMANITA IPK Sarawak giat perkasa kaum wanita
  • TEMPATAN

AMANITA IPK Sarawak giat perkasa kaum wanita

Utusan Sarawak 4 years ago
SENTIASA BERGERAK AKTIF… Nur Ashyikin (tiga, kiri) menerangkan peranan AMANITA kepada salah seorang penjaja wanita di Pasar Tamu Sibujaya di Sibu, semalam. Turut kelihatan ialah Dayang (tiga, kanan) dan Ariffin (dua, kiri).

SIBU: Skuad Aman Wanita (AMANITA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sentiasa bergerak aktif mendekati kaum wanita bagi memastikan keselamatan golongan tersebut terus terjamin, sekali gus membantu usaha membanteras jenayah.

Pegawai Turus AMANITA IPK Sarawak Superintendan Nur Ashyikin Abdullah, ia  termasuklah memperkasa pelbagai pendekatan bagi memastikan golongan wanita melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan dalam menangani sebarang ancaman jenayah.

Menurutnya, kaum wanita terutamanya suri rumah merupakan golongan tepat yang dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat aktiviti mencurigakan yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka.

“Ini kerana golongan tersebut sentiasa berada di rumah dan sedikit sebanyak mengetahui perkembangan semasa.

“Penglibatan secara dekat dalam kalangan polis wanita dengan suri rumah dapat membantu meningkatkan komunikasi lebih fokus serta tersusun dalam usaha mencegah kegiatan jenayah.

“Dalam masa sama, inisiatif ini dapat meningkatkan keyakinan diri golongan wanita sehingga mampu melindungi diri dan keluarga,” jelasnya ketika ditemui selepas program memberikan penerangan mengenai peranan AMANITA di Pasar Tamu Sibujaya di sini, semalam.

Beliau memberitahu, program yang sama (promosi AMANITA) juga akan diperluaskan ke daerah lain termasuk ke Bahagian Kapit serta kawasan pedalaman di Sarawak.

“Adalah penting untuk memastikan golongan wanita di kawasan pedalaman turut mengetahui peranan dan fungsi AMANITA kepada kaum wanita serta peranan mereka dalam menyalurkan kegiatan aktiviti jenayah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, program semalam secara keseluruhan telah mencapai objektif dan matlamatnya dalam usaha memberi kesedaran dan pemahaman berhubung fungsi AMANITA.

Turut hadir, Pengerusi AMANITA IPD Sibu, ASP Dayang Tantysera Abang Ibrahim dan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sibu, DSP Ariffin Bahar.

Oleh  AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Dana Sokongan Anti Pandemik kumpul RM474,102
Next: ABADIKAN SEMANGAT KESEPUNYAAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.