Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amalkan langkah keselamatan ketika musim perayaan
  • Selatan
  • WILAYAH

Amalkan langkah keselamatan ketika musim perayaan

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… Dato Dr Richard Rapu melakukan simbolik perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran sempena anjuran JBPM Betong di Tasik Medan Betong, hari ini. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

BETONG: Dalam kesibukan menyambut kedatangan Syawal, kita sering terlupa atau kurang prihatin terhadap aspek keselamatan, khususnya risiko kebakaran.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata statistik menunjukkan kes kebakaran sering meningkat pada musim perayaan. 

“Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti penggunaan peralatan elektrik yang berlebihan, aktiviti memasak yang meningkat, penggunaan pelita atau lilin sebagai hiasan serta kecuaian semasa rumah ditinggalkan kosong ketika pulang ke kampung.

“Kempen Keselamatan Kebakaran ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil, terutama semasa musim perayaan. Ingatlah, kebakaran boleh berlaku dalam sekelip mata, tetapi kesannya boleh kekal seumur hidup,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Betong, di Tasik Medan Betong hari ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan beberapa perkara kepada penduduk agar memastikan semua peralatan elektrik dalam keadaan baik dan mengelakkan beban berlebihan pada soket. 

“Cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan sebelum meninggalkan rumah. Kedua, berhati-hati semasa aktiviti memasak. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan ketika memasak dan matikan dapur dengan sempurna selepas digunakan.

“Ketiga, pastikan semua lilin, pelita atau lampu hiasan diletakkan jauh dari bahan mudah terbakar dan dimatikan sebelum tidur atau meninggalkan rumah. Keempat, pastikan rumah dipasang dengan alat pengesan asap dan alat pemadam api yang berfungsi dengan baik serta kenali jalan keluar kecemasan rumah.

“Dan kelima, sebelum pulang ke kampung, pastikan semua suis elektrik dimatikan dan plag dicabut. Jika boleh, minta jiran atau saudara-mara untuk memantau rumah anda secara berkala,” katanya.

Richard menambah, JBPM tidak hanya berperanan memadamkan api ketika kebakaran berlaku, tetapi juga bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat tentang aspek pencegahan. Seperti kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

SERAH… Dato Dr Richard Rapu semasa sesi penyerahan alat pemadam api kepada enam JKKK Kampung Melayu Betong, hari ini. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong atas komitmen dan pengorbanan dalam memastikan keselamatan masyarakat. Anda semua adalah wira yang tidak didendang, yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain.

“Kepada masyarakat, saya menyeru agar kita semua memainkan peranan dalam mencegah kebakaran. Amalkan langkah-langkah keselamatan yang telah dikongsikan dan sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan. Ingatlah, keselamatan adalah tanggungjawab bersama,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan majlis penyerahan alat pemadam api sebanyak 30 unit kepada enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Melayu Betong.

Turut hadir ialah Pengarah JBPM Negeri Sarawak PKPjB Jamri Masran, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, Pegawai Daerah Betong Laga Kueh dan Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak Muhammad Rais Adham Rosalan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ‘Berami Sungke’ eratkan silaturahim antara penduduk
Next: Bomba redah banjir selamatkan warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.