Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amalan bergotong-royong jayakan rumah terbuka Aidilfitri anjuran KASM
  • WILAYAH

Amalan bergotong-royong jayakan rumah terbuka Aidilfitri anjuran KASM

Utusan Sarawak 2 years ago
Tetamu yang hadir menjamu selera dengan juadah disediakan hasil amalan bergotong-royong sebelum majlis rumah terbuka Aidilfitri dianjurkan Kelab Anak Seni Meradong (KASM).
 

BINTANGOR: Semangat bergotong-royong adalah amalan yang sudah menjadi tradisi dalam suasana hidup berkampung yang perlu diteruskan.

Demikianlah yang dipraktikkan oleh Kelab Anak Seni Meradong (KASM) di sini kelmarin untuk menjayakan majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihadiri sekitar 100 penduduk kampung, ahli kelab serta penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Pengerusi KASM , Hanisah Rosedi memuji kerjasama penduduk kampung yang terus komited untuk bersama-sama meneruskan tradisi ini.

“Kehadiran pengunjung menggalakkan. Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati bersama. Sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut sederhana namun tetap meriah.

“Majlis ini dijalankan secara bergotong-royong sebagai menyuburkan kembali semangat kejiranan sesama ahli KASM.

“Meskipun majlis berlangsung hanya tiga jam, namun berjalan lancar,” katanya pada majlis yang bermula sekitar 8.00 malam.

 “Alhamdulillah, majlis yang kita rancang dalam tempoh seminggu lalu berjalan lancar.

Pelbagai sajian dihidangkan seperti kari daging,kuah satay, ketupat, lemang, rendang ayam, buah-buahan tempatan dan minuman.

Antara pengisian aturcara majlis ialah persembahan nyanyian karaoke bertemakan lagu Aidilfitri oleh ahli kelab yang disertai penduduk.

Oleh Suriyani Molyadi

Continue Reading

Previous: Majlis ramah tamah Aidilfitri Tanjong Manis disambut meriah
Next: Sekitar 200 penduduk meriahkan rumah terbuka Aidilfitri di Bukit Kinyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.