Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Alumni berjaya digalak sumbang semula kepada pembangunan sekolah, komuniti
  • PENDIDIKAN

Alumni berjaya digalak sumbang semula kepada pembangunan sekolah, komuniti

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Mesyuarat Agung Alumni SK Abang Leman Kabong bagi sesi Mei 2025 hingga Mei 2028, petang tadi. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang disaran supaya terus memainkan peranan aktif dalam membantu menjayakan pembangunan sekolah serta Daerah Kabong sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata alumni SK Abang Leman Kabong boleh menyumbang kepakaran dan cadangan untuk kemajuan daerah ini khususnya masyarakat setempat. Katanya, alumni sekolah ini adalah aset penting yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pertanian, pelancongan, pendidikan dan sosial di Kabong.

“Bekas pelajar atau alumni adalah diminta kembali semula ke sekolah mereka bagi membantu generasi muda hari ini mencapai kecemerlangan dalam pendidikan khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Saya juga yakin pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada pembangunan sekolah selain membangunkan daerah ini mampu melonjakkan lagi prestasi dan kecemerlangan sekolah serta pembangunan Daerah Kabong sendiri,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Alumni SK Abang Leman Kabong bagi sesi Mei 2025 hingga Mei 2028, petang tadi.

Chee Kadir berkata SK Abang Leman Kabong adalah aset penting bagi masyarakat kita kerana ia bukan sahaja melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum tetapi juga membentuk sahsiah diri yang kukuh.

“Saya komited untuk terus menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan dan infrastuktur sekolah-sekolah di kawasan ini. Pembangunan komuniti berterusan memerlukan kolaboratif semua pihak dan saya yakin dengan sokongan alumni, ibubapa dan komuniti, SK Abang Leman Kabong akan terus maju dan cemerlang,” ujarnya.

Pada majlis ini juga, Chee Kadir telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Alumni SK Abang Leman Kabong untuk aktiviti sepanjang tahun 2025. Turut disampaikan iaitu simbolik penyerahan sumbangan geran projek khas kerajaan Sarawak kepada 10 buah surau di sekitar Daerah Kabong masing-masingnya berjumlah RM3,000.

Turut diselitkan dengan penyerahan sumbangan kepada Nur Cahaya Batrisya yang akan menjalani pembedahan di bahagian kepala di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada 2 Jun nanti.

Turut hadir Pengerusi Alumni SK Aabang Leman Kabong, Ulin Tabur, Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Majenin Jahar, barisan guru dan bekas pelajar.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: AADK Miri sasar KBT Pengekalan untuk pelaksanaan PINTAR 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.