Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Alta Moda Musical Soirée 2 rai gabungan seni muzik dan fesyen
  • SEMASA

Alta Moda Musical Soirée 2 rai gabungan seni muzik dan fesyen

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEGAWAI Publisiti kepada Prof Datuk Dr Jimmy Choo, Dodi Mohammad; Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping; Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Wohd Hussien Wan Abdul Rahman (tengah), Miss World Talent 2014, Dewi Liana Seriestha dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Prodigy, Sharnaz Saberi pada pameran pertukangan kasut artisan Alta Moda hari ini. Foto: Adele Rissa

KUCHING: Unsur seni muzik, fesyen dan ketukangan buatan tangan diraikan secara unik menerusi Alta Moda Musical Soirée 2, sebuah acara berprestij anjuran Prodigy berlangsung di Dewan Utama, Hotel Waterfront hari ini.

Penganjuran acara ini menampilkan kelainan apabila karya opera klasik seperti Aria Puccini dipadukan dengan sentuhan fesyen couture dan kasut buatan tangan yang penuh gaya.

Acara eksklusif ini merupakan hasil kerjasama antara Prodigy dan Kursus Artisan Kasut Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) yang diselaraskan oleh Tradisi Busana PR Sdn Bhd, sekali gus memberi ruang kepada kelahiran produk seni yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah menepati nilai estetika dan kelestarian.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Wohd Hussien Wan Abdul Rahman menyentuh aspirasi tinggi mereka, bukan sahaja dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), kereta elektrik dan robotik, tetapi juga dalam memartabatkan kasut tempatan. 

“Pada 22 November 2022, saya bertemu Pereka Kasut Couture Malaysia Prof Jimmy Choo di Kuala Lumpur dan beliau setuju untuk menubuhkan akademi kasut inspirasi couture, penanda aras pertama di dunia,” katanya ketika berucap di Pameran Seni Pertukangan Kasut Artisan Alta Moda. 

Kini, hasil inisiatif itu, kira-kira 40 pelajar telah dihantar ke luar negara termasuk Indonesia dan Itali untuk menimba ilmu secara langsung dalam rantaian industri pembuatan kasut.

“Kami percaya, pendidikan terbaik tidak datang hanya dari buku. Ia datang dari pengalaman sebenar dalam industri,” ujarnya lagi.

Acara turut dirangkaikan dengan kemunculan dua ikon Malaysia iaitu penyanyi dan Miss World Talent 2014 Dewi Liana Seriestha serta Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping yang memperagakan rekaan kasut eksklusif ciptaan Zamida Khadijah Abdul Wahed dibawah label Ida Hanicomb.  

PIHAK CENTEXS yang terlibat dalam pameran pertukangan kasut artisan Alta Moda hari ini. Foto: Adele Rissa

Dalam pada itu, Tradisi Busana PR Sdn Bhd menjadi peneraju dalam memperkenalkan kasut lestari di Sarawak yang diinspirasikan daripada jenama mewah Jimmy Choo Couture. 

Inisiatif ini melangkaui pendekatan keusahawanan konvensional dengan membina sebuah ekosistem mikro perusahaan artisan yang berdaya tahan, berasaskan inovasi dan ketelitian mutu kerja.

Antaranya termasuk usaha memperkasakan artisan tempatan dengan kemahiran yang setanding dengan rumah fesyen bertaraf antarabangsa serta memberi mereka panduan industri yang menyeluruh, bantuan pembiayaan, dan sokongan pentadbiran. 

Program ini juga berusaha mewujudkan peluang yang saksama untuk wanita dan golongan kurang diwakili, termasuk dari segi bayaran setimpal dan keterwakilan dalam industri.

Selain itu, program ini menggalakkan inovasi industri dan pembangunan infrastruktur mampan melalui operasi pembuatan kasut berasaskan rekaan couture yang dibangunkan di Sarawak. 

Ia turut mempromosikan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab melalui amalan pembuatan yang beretika, pemilihan sumber secara lestari, serta pengurangan pembaziran. 

Antara elemen teras dalam program keusahawanan pasca kursus termasuk bimbingan menyeluruh dalam semua peringkat pembuatan kasut, penyediaan mesin, bahan, latihan dan sokongan operasi tanpa sebarang beban kewangan kepada peserta. 

Alta Moda Musical Soirée 2 bukan sekadar persembahan fesyen atau muzik, tetapi merupakan simbol perpaduan seni, budaya dan impak sosial yang mampu mencorakkan masa depan industri kreatif Sarawak dengan lebih berdaya saing dan lestari.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang ke Sungai Petani, Butterworth untuk disemadikan
Next: Peluasan SST tidak beri kesan besar, hantar anak ke institusi swasta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.