Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Allahyarham Juma’ani seorang wanita penyayang, lembut tutur kata
  • SEMASA

Allahyarham Juma’ani seorang wanita penyayang, lembut tutur kata

Utusan Sarawak 21 hours ago
ISTERI Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta. Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI) menyifatkan isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Allahyarham Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sebagai seorang wanita yang berjiwa penyayang dan lembut tutur katanya.

Timbalan Presiden SABATI Datuk Doreen Mayang berkata sepanjang berkhidmat dengan Allahyarham yang juga Presiden SABATI, beliau menyaksikan sendiri kesungguhan dan kasih sayang yang ditunjukkan terhadap kerja-kerja kebajikan.

“Beliau juga sentiasa memberikan nasihat kepada kami dalam memainkan peranan sebagai isteri wakil rakyat.

“Malah, beliau juga seorang pencinta seni kraf seperti keringkam dan songket serta banyak menyumbang dalam usaha memperkenalkannya kepada masyarakat umum,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatkan Allahyarham Juma’ani sebagai seorang isteri contoh yang sangat lemah lembut, tetapi teguh dalam menyampaikan mesej dan nasihat.

“Kehilangan ini amat dirasai seluruh warga kementerian memandangkan Allahyarham aktif menyokong program untuk wanita, warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), serta sentiasa hadir pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri.

“Kami akan merindui kehadiran dan sentuhan beliau dalam setiap program. Doa kami agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Jenazah Allahyarham Juma’ani ditempatkan di Masjid Jamek bagi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi tadi.

Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Suasana pilu iringi jenazah isteri Premier Sarawak di Masjid Jamek
Next: Pemergian Allahyarhamah Juma’ani kehilangan besar buat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.