Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Allahyarham Datuk Kamil, sumber kekuatan Nancy sepanjang perjuangan politik
  • SEMASA

Allahyarham Datuk Kamil, sumber kekuatan Nancy sepanjang perjuangan politik

Utusan Sarawak 2 days ago
ALLAHYARHAM Datuk Kamil Misuari menjadi sumber kekuatan kepada Dato Sri Nancy Shukri sepanjang perjuangan politik beliau.

KUCHING: Pemergian Allahyarham Datuk Kamil Misuari bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarganya, malah turut dirasai rakan-rakan seperjuangan yang mengenali beliau sebagai seorang insan tenang dan sentiasa memberi sokongan kepada isterinya, Dato Sri Nancy Shukri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Allahyarham memainkan peranan penting sebagai sumber kekuatan kepada Nancy sepanjang beliau menggalas pelbagai tanggungjawab sebagai pemimpin dan anggota Kabinet Persekutuan.

“Kita ucap takziah kepada keluarga Dato Sri Nancy atas kehilangan suami yang tersayang. Kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

“Kepada Dato Sri Nancy, kita simpati dengan dugaan ini. Insya-Allah dengan penuh kesabaran, hidup hendaklah diteruskan,” katanya ketika ditemui pada sesi penghormatan terakhir Allahyarham di kediaman rasmi Nancy di Taman Serira di sini, hari ini.

Menurut beliau, Allahyarham sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada Nancy khususnya dalam bidang kebajikan serta tanggungjawabnya sebagai seorang menteri. 

“Suaminya telah banyak memberikan semangat kepada Dato Sri Nancy dalam bidang kebajikan dan juga dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin wanita serta menteri.

“Saya yakin Dato Sri Nancy akan terus meneruskan tanggungjawabnya dengan semangat yang ada serta inspirasi yang ditinggalkan oleh arwah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat dirinya kerana mereka telah bersahabat lebih tiga dekad.

Menurutnya, hubungan persahabatan mereka terjalin erat melalui minat yang sama dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi.

“Allahyarham merupakan kawan rapat dan kawan karib saya. Kami sama-sama peminat motosikal berkuasa tinggi dan pernah mengembara dari Kuching hingga ke Kota Kinabalu bersama-sama.

“Saya agak terkejut dengan pemergiannya walaupun mengetahui beliau ada menghadapi masalah kesihatan sejak kebelakangan ini. Namun kita tidak menyangka ia membawa kepada pemergian beliau,” katanya.

Karim berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat dalam sektor perbankan merupakan seorang individu yang tidak banyak bercakap tetapi sangat mesra dan mudah disenangi.

“Beliau bukan jenis yang banyak bercakap. Saya mengenali beliau sejak lebih 30 tahun lalu ketika beliau bekerja di Sabah Bank.

“Allahyarham seorang yang baik hati, sangat mesra dan bersifat sederhana. Dia seorang yang agak pendiam, tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti tahu beliau seorang sahabat yang cukup baik,” katanya.

Terdahulu, suasana hiba menyelubungi sesi penghormatan terakhir Allahyarham yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Rubiah Wang, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman serta ramai lagi ahli keluarga, sahabat handai, rakan korporat dan kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi kuat landa Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia – MetMalaysia
Next: Gunung Semeru meletus, piroklas mengalir sehingga 4.5 kilometer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.