Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alisson terlepas aksi Liverpool berdepan City, PSG
  • SUKAN

Alisson terlepas aksi Liverpool berdepan City, PSG

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENJAGA gol Liverpool, Alisson Becker berdepan kecederaan ketiga musim ini. Foto AFP

LONDON: Penjaga gol utama Alisson Becker disahkan terlepas aksi penting Liverpool menentang Manchester City malam ini dan dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA berdepan Paris Saint-Germain.

Pengurus Arne Slot berkata penjaga gol Brazil itu masih belum pulih daripada kecederaan dialami ketika menentang Galatasaray bulan lalu.

“Dia tidak akan terlibat menentang PSG dan dijangka hanya kembali menjelang penghujung musim,” katanya.

Liverpool bakal berkunjung ke Etihad menentang City sebelum terbang ke Paris bagi aksi pertama di Parc des Princes, diikuti timbal balik enam hari kemudian.

Isak, Salah beri kelegaan

Dalam perkembangan sama, Alexander Isak sudah kembali berlatih selepas patah kaki Disember lalu, namun Slot menegaskan pemain itu perlu diberi masa untuk kembali cergas sepenuhnya.

Berita baik buat The Reds apabila Mohamed Salah disahkan cergas beraksi selepas sebelum ini mengalami kecederaan ringan.

Bintang Mesir itu juga mengumumkan akan meninggalkan Anfield hujung musim ini.

Misi sukar Liverpool

Liverpool kini bergelut dalam Liga Premier apabila berada di tangga kelima, namun masih memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka juga mengintai kejuaraan Eropah ketujuh, dengan PSG menjadi halangan utama selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada kelab Perancis itu musim lalu.

Tanpa Alisson, penjaga gol Georgia Giorgi Mamardashvili dijangka menggalas tugas di Etihad dalam usaha Liverpool ke separuh akhir Piala FA buat kali pertama sejak menjulang trofi pada 2022.

City buru rekod baharu

Sementara itu, City kendalian Pep Guardiola memburu rekod mara ke separuh akhir Piala FA buat kali kelapan berturut-turut.

Guardiola menggesa pemainnya fokus kepada cabaran seterusnya selepas menewaskan Arsenal dalam final Piala Liga bulan lalu.

“Kami mahu cipta satu lagi pencapaian hebat,” katanya.

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sibu hantar barisan terbaik ke kejohanan badminton peringkat negeri di Miri Mei depan
Next: ITF lancar ekosistem digital, transformasi tadbir urus, pertandingan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.