Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alisson, Mac Allister cedera, berita sedih buat Liverpool
  • SUKAN

Alisson, Mac Allister cedera, berita sedih buat Liverpool

Utusan Sarawak 7 months ago

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menyelamatkan satu percubaan ketika menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London malam tadi.

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker akan diketepikan buat ‘beberapa minggu’ selepas pemain Brazil itu mengalami kecederaan hamstring ketika menang 1-0 ke atas Crystal Palace malam tadi.

Alisson cedera ketika mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan kemudian terhincut-hincut keluar pada babak kedua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park.

Pemain antarabangsa Czech, Vitezslav Jaros, 23, masuk menggantikan Alisson, dengan bos Liverpool, Arne Slot mengakui beliau tidak menjangkakan boleh menurunkan penjaga gol utamanya itu beberapa minggu.

Alisson dihantui kecederaan hamstring beberapa kali dan akan terlepas pertembungan pendahulu EPL itu menentang Chelsea selepas rehat tugasan antarabangsa.

“Apa yang saya tahu apabila seorang pemain berjalan keluar sepertinya, biasanya bermakna dia tidak berada dalam skuad Brazil dan saya tidak jangkakan dia berada dalam pasukan bagi perlawanan pertama kami selepas rehat,” kata Slot selepas gol Diogo Jota pada minit kesembilan memastikan kemenangan keenam Liverpool dalam tujuh perlawanan liga musim ini.

“Kami perlu tunggu dan lihat tetapi mungkin beberapa minggu buatnya untuk kembali. Saya fikir ya (hamstring).

“Dia jelas penjaga gol nombor satu kami, dia penjaga gol terbaik di dunia. Sering kali satu tamparan apabila dia mengalami kecederaan, bukan hanya buatnya tetapi kami sebagai satu pasukan.”

Slot turut berdepan satu lagi tamparan susulan kecederaan Alexis Mac Allister yang digantikan oleh Dominik Szoboszlai ketika rehat kerana kecederaan pangkal paha.

Tidak pasti selama mana Mac Allister terpaksa berehat, Slot berkata: 

“Bagaimana teruk keadaannya, bukan saya menentukannya ketika ini.

“Dia berasakannya dan berkata ‘tidak bagus untuk terus beraksi kerana ia mungkin jadi lebih teruk’.

“Sukar untuk saya menyatakan jika dia boleh bermain untuk Argentina. Ia di kawasan pangkal paha.” – AFP

Continue Reading

Previous: Saka bantu kebangkitan Arsenal
Next: Genap 8 tahun, Sukan Muaythai semakin mendapat sambutan golongan belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.