Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Alif Syukri akui ralat tidak sempat luang banyak masa dengan bapa
  • NASIONAL

Alif Syukri akui ralat tidak sempat luang banyak masa dengan bapa

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Seri Alif Syukri. Foto facebook Papa Terlajak Laris

PETALING JAYA:  Di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan populariti di media sosial, tidak ramai yang mengetahui usahawan Datuk Seri Alif Syukri menyimpan satu penyesalan besar dalam hidupnya yang tidak akan dapat ditebus lagi.

Tidak sempat meluangkan masa secukupnya dengan arwah bapanya Kamaruzaman Kamaludin, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair, penyesalan disimpan Aliff Syukri masih dirasai hingga kini biarpun pemergian insan tersayang itu sudah lebih lima tahun berlalu.

Usahawan terkenal berusia 39 tahun ini berkata perkara itu berlaku ketika perniagaannya mula berkembang pesat sehingga sebahagian besar daripada masa dan tenaganya tertumpu pada kerja, menyebabkan beliau jarang berada di sisi bapanya.

“Walaupun arwah sempat merasai sedikit kesenangan hasil usaha saya, saya sebenarnya menyesal kerana ketika dia masih hidup, saya terlalu sibuk dengan perniagaan. Saya hanya beri duit dan minta pembantu menguruskan keperluannya, sedangkan masa bersama-sama dia hampir tiada.

“Itulah perkara yang paling saya ralat selepas dia meninggal dunia secara mengejut ketika berusia 59 tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs, Ya, Abah Saya Security, di sini baru-baru ini.

Bertitik tolak dari pengalaman itu serta berharap dapat dijadikan iktibar oleh orang lain untuk menghargai insan tersayang selagi mereka masih ada, bapa kepada enam anak itu menghasilkan filem pendek Ya, Abah Saya Security yang diinspirasikan daripada kisah benar kehidupan beliau dengan arwah bapanya.

Akan dilancarkan esok di semua platform media sosial milik usahawan jutawan itu, naskhah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri itu turut membawa mesej agar anak-anak menghargai pengorbanan ibu bapa dan tidak malu dengan pekerjaan mereka biarpun bukan daripada golongan kolar putih.

“Saya datang daripada keluarga susah, jadi saya tahu nilai duit walaupun RM1. Kerana itulah saya kuat bekerja siang malam demi mengubah kehidupan keluarga. Dulu, saya malu dengan pekerjaan abah sebagai pengawal keselamatan. 

“Tetapi apabila saya sudah besar, saya mula sedar duit itulah (pendapatan sebagai pengawal keselamatan) yang membesarkan saya,” katanya sambil menyifatkan arwah bapanya sebagai seorang yang sangat baik dan antara individu terawal yang menyaksikan perjalanan hidupnya bermula dari bawah.

Diterbitkan syarikatnya, D’Herbs dengan kerjasama Tangerine Pictures, karya pendek arahan Bobby Husaini dan Bahri Umar ini menampilkan pelakon terkenal antaranya, Mikael Noah yang bergandingan dengan Azhan Rani, Megat Sharizal Mohamed Yusoff dan Niezam Zaidi.

Menurut Bobby, kejujuran Aliff Syukri berkongsi pengalaman hidupnya menjadi kekuatan utama karya berkenaan yang disifatkannya lahir daripada kisah benar yang sarat dengan emosi dan keinsafan.

“Kami sendiri sebak apabila mendengar dia bercerita. Kisah itu sangat jujur dan datang dari hati. Bila dia bercakap tentang penyesalan dan rasa kehilangan selepas bapanya tiada, di situlah letaknya kekuatan cerita ini yang boleh menyentuh ramai orang,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan
Next: Aidilfitri: Larangan kenderaan berat di jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.