Alice Lau tawar bantuan kepada mangsa ribut di Sibu Jaya

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Penduduk Sibu Jaya yang terjejas akibat ribut kencang petang tadi boleh hadir ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau bagi mendapatkan bantuan.

Alice dalam kenyataannya berkata, setiap permohonan akan disemak terlebih dahulu sebelum bantuan disalurkan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan.

Beliau turut berharap semua mangsa berada dalam keadaan selamat selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berdepan keadaan cuaca buruk serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

“Semoga semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada ketika cuaca buruk serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” ujarnya.

Penduduk yang memerlukan bantuan boleh hadir ke Pusat Khidmat P.211 Lanang di No. 2, Lorong Lanang 82, 96000 Sibu atau menghubungi talian 010-390 8211, 010-399 8211 dan 084-336671.

Hujan lebat disertai angin kencang mengakibatkan beberapa bumbung rumah di Sibu Jaya tercabut dan diterbangkan angin dalam kejadian kira-kira 3.00 petang semalam, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kebanyakan pemilik rumah yang terjejas tidak berada di kediaman masing-masing ketika kejadian kerana masih di tempat kerja. Kejadian itu disedari jiran-jiran yang menyaksikan bumbung rumah diterbangkan angin sebelum bertindak memantau keadaan kediaman yang terjejas.

Oleh Akun Giman