Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Alice Lau sumbang bantuan, salur MRP di Lanang
  • Tengah
  • WILAYAH

Alice Lau sumbang bantuan, salur MRP di Lanang

Utusan Sarawak 23 hours ago
BANTUAN….Alice Lau menyerahkan geran MRP kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sibu yang diwakili pengerusinya Penghulu Chua Hiong Kee (dua kiri).

SIBU: Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada 24 individu serta menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 49 pertubuhan dalam kawasan Parlimen Lanang, sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Menurut beliau, bantuan kebajikan yang diagihkan meliputi pelbagai kategori termasuk bantuan dialisis, bantuan pendidikan, faedah kematian, bantuan perubatan, serta faedah kelahiran bayi baharu di bawah program khas “Welcome, Lanang New Born!”

“Melalui agihan bantuan ini, saya berharap penerima dapat merasai keprihatinan masyarakat. Saya juga ingin menyemai semangat kasih sayang dalam kalangan orang ramai, agar lebih ramai tampil membantu golongan yang benar-benar memerlukan — ke arah membina masyarakat penyayang dan penuh belas kasihan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan individu yang memerlukan rawatan jangka panjang, seperti pesakit buah pinggang dan pesakit kanser, untuk memohon bantuan di Pusat Khidmat Parlimen Lanang secara tahunan.

Dalam kenyataannya, beliau turut memaklumkan bahawa program “Welcome, Lanang New Born!” yang dilancarkan pada September 2024, masih berjalan aktif. Di bawah program ini, setiap bayi yang lahir pada atau selepas 16 September 2024 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung yang merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Lanang, layak menerima faedah khas.

“Ibu bapa hanya perlu menghantar salinan kad pengenalan mereka dan sijil kelahiran bayi ke Pusat Khidmat P211 Lanang dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelahiran untuk memohon faedah ini,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Alice turut mengingatkan semua penerima geran MRP agar menghantar laporan aktiviti selepas penganjuran program masing-masing.

“Pertubuhan yang gagal berbuat demikian akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa, dan permohonan geran pada masa hadapan mungkin ditolak,” tegasnya.

Beliau juga menggesa orang ramai di kawasan Parlimen Lanang yang memerlukan bantuan seperti dialisis, pendidikan, perubatan, faedah kematian, atau bantuan bencana untuk mengunjungi Pusat Khidmat P211 Lanang di No. 2, Lorong Lanang 82, pada waktu pejabat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak 2025 disambut meriah di Penjara Pusat Sibu
Next: Support extended to widow of road accident victim under Perkeso scheme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.