Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ali Biju umum tarik diri
  • TEMPATAN

Ali Biju umum tarik diri

Utusan Sarawak 3 years ago
DATUK Ali Biju

KUCHING: Calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Datuk Ali Biju, mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

Katanya, beliau menginsafi hakikat bahawa keputusan menjadi calon bebas pada PRN ke-12 akan menjejaskan hubungan baik antara BERSATU dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada Pengerusi Perikatan Nasional , Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati antara Perikatan Nasional dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Pengerusi GPS.

“Saya penuh yakin bahawa muafakat ini adalah untuk meneruskan dan memperkukuh hubungan yang utuh antara Perikatan Nasional dan GPS.

“Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas, menarik diri sebagai calon DUN N.39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau turut merayu pengundi bukan saja di Krian, malah Kalaka dan Kabong yang semuanya di bawah Parlimen Saratok untuk memberi dukungan padu kepada calon GPS.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menjelaskan keputusan untuk bertanding di DUN kerian setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat dan pengundi di kawasan tersebut.

Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih semenjak tahun 2011, dukungan dan sokongan yang padu tersebut telah memperkukuh tekad beliau untuk meneruskan khidmat demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok.

Terdahulu, pada 6 Disember Datuk Ali Biju menghantar nama sebagai calon bebas bagi kerusi DUN Krian.

Bagaimanapun, tindakan Ali itu mengundang kekecewaan Abang Johari, yang disifatkan sebagai melanggar perjanjian antara Bersatu dan GPS.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Terus beri sumbangan kepada masyarakat
Next: Calon DUN Satok santuni masyarakat, perjelas lambang GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.