Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Aleysha lancar single antarabangsa pertama, serlah bakat muda Sarawak
  • HIBURAN

Aleysha lancar single antarabangsa pertama, serlah bakat muda Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
ALEYSHA Shareef van der Host menyanyikan bahagian korus lagu Shine Like Us pada majlis pelancarannya di Star on Stage, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Bakat muda Sarawak terus menyerlah apabila Aleysha Shareef van der Host melancarkan single antarabangsa pertamanya, Shine Like Us, dalam majlis yang berlangsung di Star on Stage, di sini, hari ini.

Ibu Aleysha, Shirley Hasmani, berkata majlis itu menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan muzik Aleysha yang bermula sejak kemenangan di 27th World Championship of Performing Arts (WCOPA) pada 2024.

“Single ini diterbitkan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ditulis oleh Emmanuel ‘Manny’ Mijares, seorang penulis lagu dan penerbit multi-platinum bersama Tyler Conti. Apabila pertama kali merakam lagu ini, ia masih versi mentah. Tetapi selepas dimaster, bunyinya jauh lebih baik,” katanya.

KEDUA dari kiri, Shirley Hasmani, Aleysha Shareef van der Host, bersama Timbalan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan (tengah) pada sesi bergambar selepas majlis pelancaran single Shine Like Us di Star on Stage, hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran single pertama Aleysha Shareef van der Host berjudul Shine Like Us di Star on Stage, di sini, hari ini.

Beliau menambah, kejayaan Aleysha menarik perhatian penulis lagu dan penerbit antarabangsa selepas memenangi pingat emas dalam persembahan solo, pingat gangsa duet bersama adiknya Ryan Zachary Shareef van der Horst, serta menjadi Juara Bahagian dalam kategori junior 10-11 tahun.

“Selain itu, Aleysha mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima New York Film Academy Scholarship Award sejak WCOPA dianjurkan 27 tahun lalu,” tambah Shirley

Shirley memaklumkan single tersebut kini boleh didapati secara rasmi di 64 platform termasuk Spotify, Apple Music, SoundCloud, YouTube Music, Facebook Music dan Amazon Music.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis, Aleysha berkata beliau amat teruja dengan pelancaran itu.

“Saya rasa sangat gembira dan teruja. Apabila pertama kali merakam lagu ini, ia masih versi mentah. Tetapi selepas dimaster, bunyinya jauh lebih baik,” kata Aleysha.

Anak muda berbakat itu menambah, beliau kini merancang untuk menyertai lebih banyak pertandingan antarabangsa, termasuk peringkat akhir 17th Sanremo Junior World Finals di Itali pada 14 April depan.

“Langkah seterusnya adalah menyertai pertandingan besar dan saya berharap dapat mewakili Malaysia dengan sebaik mungkin,” tambahnya.

Selain vokal, Aleysha juga mahir bermain piano dan berlatih vokal setiap hari bagi memastikan kesediaan menghadapi sebarang persembahan secara tiba-tiba. Idolanya ialah penyanyi Alicia Keys dan beliau bercita-cita menjadi artis serba boleh seperti idolanya itu.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Cherpen kukuh posisi industri muzik melalui single ‘Patah Hati’ bersama Chubb-E
Next: Eksklusif: Jurulatih vokal bongkar rahsia di sebalik kejayaan Aleysha Shareef van der Host

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.