Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alexander-Arnold sertai Real Madrid, kontrak enam tahun
  • SUKAN

Alexander-Arnold sertai Real Madrid, kontrak enam tahun

Utusan Sarawak 3 days ago

Alexander-Arnold. Foto AFP

MADRID: Pertahanan England, Trent Alexander-Arnold menyertai Real Madrid dengan kontrak selama enam tahun selepas lebih dua dekad bersama Liverpool, kata kelab LaLiga itu hari ini yang turut mendedahkan pemain berusia 26 tahun itu bakal beraksi di Piala Dunia Kelab bulan depan.

Alexander-Arnold yang membuat 354 penampilan untuk Liverpool sejak membuat penampilan sulung seniornya pada 2016 berkata awal bulan ini, dia akan meninggalkan kelab disertainya sejak berusia enam tahun, dengan kontraknya tamat pada 30 Jun.

Real Madrid menandatangani Alexander-Arnold sebelum kontraknya tamat, menjadikannya tersedia untuk Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat yang akan berlangsung dari 14 Jun hingga 13 Julai.

“Liverpool akan menerima bayaran untuk perpindahan ini, dengan perjanjian akan dimuktamadkan sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada 1 Jun,” kata Liverpool dalam satu kenyataan yang mengesahkan perpindahan tersebut.

“Alexander-Arnold meninggalkan Liverpool FC dengan pihak kelab menghargai dan berterima kasih atas sumbangannya.”

Continue Reading

Previous: Khai Xiang sudah padam episod kontroversi Masters Malaysia
Next: Terbuka Singapura 2025: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.