Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Albert Tei: Polis belum temukan bukti sahkan anggota SPRM acu senjata ketika serbuan
  • JENAYAH

Albert Tei: Polis belum temukan bukti sahkan anggota SPRM acu senjata ketika serbuan

Utusan Sarawak 7 hours ago
POLIS masih belum menemukan sebarang keterangan dan bukti yang boleh mengesahkan dakwaan berhubung pegawai SPRM mengacu senjata dalam kes serbuan dan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di rumahnya di Puchong pada 28 November lepas.

SHAH ALAM: Polis masih belum menemukan sebarang keterangan dan bukti yang boleh mengesahkan dakwaan berhubung pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacu senjata dalam kes serbuan dan penahanan ahli perniagaan Albert Tei di rumahnya di Puchong pada 28 November lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan selepas pihaknya merakam keterangan semua pegawai dan anggota SPRM yang terlibat dalam serbuan itu serta isteri kepada Albert Tei, yang juga pengadu dalam kes berkenaan.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan secara terperinci dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan siasatan kes itu.

“Banyak saksi telah dipanggil bagi dirakam keterangan dan membantu siasatan, cuma saya tidak boleh dedahkan jumlahnya sekarang. Mohon bagi ruang kepada polis selesaikan siasatan. 

“Cuma ahli keluarga pengadu yang belum beri keterangan kerana dipercayai berada di luar kawasan selepas kejadian tetapi mereka telah beri komitmen untuk datang apabila dipanggil kelak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shazeli berkata polis turut menerima rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman terbabit serta rakaman perbualan telefon dan telah diserahkan kepada pihak forensik untuk disemak dan analisa lanjut. 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah CCTV yang diterima berikutan siasatan masih berjalan.

“Rakaman berkenaan memang wujud tetapi saya tidak boleh dedahkan sekarang. Kami juga akan memanggil semula pengadu, iaitu isteri Albert Tei bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya.

Shazeli berkata pihaknya juga membuka satu kertas inkuiri polis bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan pegawai SPRM yang menjalankan serbuan ke kediaman ahli perniagaan Albert Tei dilengkapi kamera badan termasuk alat rakaman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut dilaporkan berkata pihaknya membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan agar siasatan dapat dijalankan supaya tiada pihak yang berniat jahat menyebarkan berita tidak sahih berkaitan SPRM.

Azam berkata penahanan Albert Tei dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan selain menafikan berlaku situasi apabila pegawai SPRM mengacukan senjata pada kepala ahli perniagaan itu. 

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan positif dadah di Lawas
Next: Lima lelaki ditahan, 27 saman lalu lintas dikeluarkan Op Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.