Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Albania lantik ‘Menteri’ AI untuk bantu operasi kerajaan
  • GLOBAL

Albania lantik ‘Menteri’ AI untuk bantu operasi kerajaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Edi Rama

BUDAPEST: Albania pada Khamis memperkenalkan secara rasmi seorang “Menteri Digital” berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada pentadbirannya, dengan tujuan memperkemas proses pentadbiran dan memerangi rasuah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

AI berkenaan, diberi nama Diella yang bermaksud “matahari” dalam bahasa Albania, dimasukkan ke dalam Kabinet Perdana Menteri Edi Rama selepas mendapat kelulusan undi majoriti parti pemerintah Sosialis, meskipun dikritik pihak pembangkang.

Walaupun Diella tidak disenaraikan sebagai menteri dalam senarai rasmi Kabinet Presiden Bajram Begaj, dokumen menyatakan Rama bertanggungjawab terhadap “penubuhan dan operasi Menteri Maya bagi Kecerdasan Buatan ‘Diella’.”

Sebelum ini Diella hanyalah chatbot di laman web kerajaan, namun kini ia digambarkan secara visual sebagai seorang wanita berpakaian tradisional Albania, berasaskan imej pelakon Anila Bisha, menurut media tempatan.

Rama berkata AI itu akan “menghimpunkan bakat terbaik negara, warga Albania di perantauan serta pakar asing” dan “menjadikan institusi sebagai platform pembangunan AI.”

Dalam sesi Parlimen, Diella turut berucap melalui video, memperkenalkan dirinya sebagai “menteri negara bagi kecerdasan buatan” dengan misi untuk memudahkan urusan pentadbiran kerajaan setiap hari.

Bagaimanapun, pakar IT dan ahli politik pembangkang menegaskan penggunaan AI bagi membuat keputusan pentadbiran menimbulkan kebimbangan.

Pakar IT Erjon Curraj menulis dalam majalah dalam talian Balkan Insight bahawa AI boleh membantu dalam perolehan awam tetapi tanggungjawab dan akauntabiliti tetap mesti dipikul manusia.

Ketua pembangkang Gazment Bardhi pula menyifatkan Diella sebagai “fantasi propaganda” untuk menutup isu rasuah kerajaan, malah mendakwa langkah itu tidak berperlembagaan kerana perlembagaan menetapkan menteri mesti warganegara Albania, cukup umur serta siuman.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.1 landa Papua Tengah, Indonesia – USGS
Next: Pendakwa Jerman kemuka pertuduhan terhadap ‘ratu kripto’ Ruja Ignatova

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.